Yayasan Al-Jenderami, DENGKIL

Madrasah Islamiah Jenderam Hilir atau lebih dikenali sebagai Yayasan Al-Jenderami ialah pusat pengajian pondok termoden yang terdapat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz Selamat dengan jumlah muridnya seramai 50 orang. Kini, selepas 27 tahun, madrasah ini yang dibina bercirikan kemodenan tamadun Islam hasil kudrat dan usaha Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz bersama beberapa orang sahabatnya telah mengumpul sehingga kira-kira 5,000 pelajar.

Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz yang lebih dikenali dengan nama Syeikh Hafiz Al-Jenderami berguru dengan Allahyarham Tuan Guru Hj. Hashim Abd. Aziz, dan beberapa ulama terkenal seperti Tuan Guru Hj. Sulaiman Kuang, Kadi Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz yang juga Pengerusi Badan Didikan Islam UDA (BADIM) bersama beberapa sahabatnya membina madrasah itu di Kampung Baru, Dengkil, Selangor kerana hendak melarikan diri dari kesesakan serta pembelajaran ilmu secara kelompok.

Berkat kesungguhannya dan dengan izin Allah SWT, masyarakat sekitar termasuk ahli korporat menghulurkan derma serta sumbangan yang membolehkan Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz membina madrasah ini. Ia beralamat di Lot 27719, Kampung Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor.

Untuk Dihubungi:
Tel: 03-8768 0200
Faks: 03-8768 0201
E-mel: info@aljenderami.com.my
Laman web: www.aljenderami.com.my