Raudhatul Ulum @ Darul Atiq, ULU SELANGOR

Madrasah Raudhatul Ulum atau lebih dikenali dengan panggilan Darul Atiq merupakan pondok moden yang diasaskan pada tahun 1998 oleh Ustaz Hj. Ahmad Rizam Ghazali. Madrasah ini terletak di Cawangan Ulu Rening, Batang Kali, Ulu Selangor.

Ustaz Hj. Ahmad Rizam adalah seorang mudir yang senang didekati dan ilmunya mudah dipelajari, sesuai dengan kelayakan serta pengalamannya yang menimba ilmu agama dengan Allahyarham Ustaz Nik Mat di pondok pengajian agama di Markas Tarbiah Islamiah, Dehrang, Kedah sekitar tahun 1980-an.

Ustaz Hj. Ahmad Rizam kini boleh berbangga dengan ilmu yang diperturunkan kepada anak muridnya apabila seorang daripada mereka, Ustaz Rafeeq Jamal tampil sebagai pelajar sandaran dan kini menjadi pengajar di madrasah ini. Ustaz Rafeeq berjaya menghabiskan semua kitab dalam tempoh dua tahun pembelajarannya.

Pembinaan bangunan madrasah yang menempatkan 180 pelajar ialah hasil daripada derma dan sumbangan orang ramai.

Untuk Dihubungi:

Tel/Faks: 019-399 5344