Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin, BANTING

Dengan kelulusan B.A Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dan pengalaman sebagai guru agama di Pusat Serenti, Dengkil, Ustaz Khairul Moin Morshid atau Ustaz Ansori membina pondok pengajian agama yang diberi nama Pondok Bustanul Arifin di Kampung Labuhan Dagang, Banting, Selangor pada 2003.

Pondok yang dibinanya boleh dikategorikan sebagai pondok moden dengan keseluruhan kos pembiayaan daripada hasil sumbangan orang ramai. Tanah seluas tiga ekar yang menempatkan bangunan ini diwakafkan oleh Pak Sain Dollah pada tahun 2002.

Untuk Dihubungi:

Tel/Faks: 019-338 8239
014-641 6369