Madrasah Tahfiz Al-Quran Lil Banin, DENGKIL

Seperti kebanyakan pondok dan madrasah pengajian agama lain, Madrasah Tahfiz Al-Quran Lil Banin ini juga dibina dengan peruntukan pengasasnya, Ustaz Hj. Ramli Samud. Pondok ini dibina secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan beliau.

Ustaz Hj. Ramli ialah seorang guru agama dan penceramah bebas. Beliau mewakafkan tanah yang dimilikinya di Bukit Changgang, Dengkil, Selangor untuk dibina madrasah ini. Beliau menuntut ilmu agama di pondok pengajian agama di Kelantan dan membina madrasah ini pada tahun 2008.

Sehingga kini, seramai 60 pelajar menuntut ilmu agama dengannya dan turut mengislamkan saudara baharu. Kebanyakan pelajarnya terdiri daripada golongan remaja, kanak-kanak dan anak-anak yatim. Madrasah ini turut mendapat sumbangan daripada orang ramai dan jualan produk.

Untuk Dihubungi:
Tel/Faks: 019-333 8327 /
013-358 9674