Pusat Pendidikan Islam An-Nuur atau dikenali dengan nama Pondok An-Nur berdiri megah di atas tanah seluas 4.5 ekar di Kampung Penor, Kuantan, Pahang. Pondok ini diasaskan oleh Ustaz Mokhtar Senik pada tahun 1994 dan mula beroperasi dengan pengambilan pelajar serta pengajian sulung pada tahun 1996.

Setelah Ustaz Mokhtar memperkenalkan pengajian pondok tradisional, beliau mula mengorak langkah ke hadapan dengan memperluaskan pengajian mengikut Aliran Tahfiz, akademik, vokasional Pra-Tahfiz, sekolah rendah dan Kelas Fardu Ain (KAFA). Beliau kini berusaha dan sedang giat hendak menubuhkan Kolej Islam An-Nur (KIAN) dan Pondok An-Nur Cawangan Kemboja.

Aliran pengajian yang disediakan di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur ialah pengajian pondok tradisional sehingga 4 Senawi atau 6 Tahun. Juga menyediakan Aliran Tahfiz (30 juzuk), Aliran Akademik (PMR dan SPM), Aliran Prasekolah (An-Nuur Islamic PreSchool – ANIS) dan Kolej Islam An-Nuur (KIAN) yang dalam pembangunan.

Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 09-516 2341
E-mel: muslimtijaary@gmail.com
Laman web: www.nuuratiq.net

zulhairie

zul hairie zulhairie@pondok1msia.org.my Administrator Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia