Madrasah Darul Salam atau Pondok Sri Damai ditubuhkan oleh Ustaz Wan Mohd Zukir Wan Ismail. Pondok ini terletak di Kampung Sri Damai, Kuantan.

Bermula dengan pemilikan tanah seluas satu ekar dan mengumpul dana sumbangan daripada penduduk kampung serta orang ramai, Ustaz Wan Mohd Zukir menggunakannya untuk membina pondok pada 2009.

Beliau sendiri menerima didikan agama di pondok agama Kampung Geting, Tumpat, Kelantan. Kemudian meneruskan pengajian di Pusat Islam di Kemaman, Terengganu. Selepas tamat pengajian, Ustaz Wan Mohd Zukir dilantik sebagai imam di sebuah masjid di Kemaman.

Dalam usaha memajukan pondok pengajian ini, beliau pernah menyuarakan hasrat dan berbincang hal itu dengan Ustaz Badarudin. Tujuan dan hasratnya ialah melahirkan ramai Kadi. Antara bekas pelajar pondok ini ialah Ustaz Mohd Mustaqim yang bertugas sebagai imam masjid dan imam jemputan di Besut, Kuala Terengganu.

Untuk Dihubungi:
Tel/Faks: 012-988 1971
Laman web: www.pondoksridamai@madrasahdarulsalam

zulhairie

zul hairie zulhairie@pondok1msia.org.my Administrator Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia