PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN DAN PENGAJIAN ISLAM, RANTAU PANJANG

Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam atau Tahfiz Banggol Kulim terletak di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang. Ditubuhkan oleh Ustaz Hj. Abdullah Daud pada tahun 1997. Pengasasnya pernah menerima anugerah Tokoh Tahfiz sekitar tahun 2000-an. Pengajian pondok ini bermula pada tahun 1997 dengan 70 pelajar.

Enam orang guru digaji bagi mendidik pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan dewasa dan remaja berusia 13 tahun ke atas. Setiap pelajar dikenakan yuran sebanyak RM170 sebulan. Mata pelajaran yang

disediakan ialah Feqah, Tasawwuf, Tauhid, Usul, Nahu, Qiraat, Tajwid, Akhlak, semua kitab tua, kitab pondok dan Sistem Tahfiz Al-Quran.

Antara muridnya yang boleh dianggap contoh termasuk Ustaz Bari, yang kini imam Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu; dan Mahasan yang menjadi Bilal di Masjid Beijing, China. Zulkifli Mamat pula baru tamat pengajian dan kini Imam Masjid Pasir Mas. Zulkifli juga mewakili Kelantan ke pertandingan Hafazan peringkat kebangsaan.

 

Untuk dihubungi:

Tel: 014-820 2714