PONDOK HAJI ZAKARIA BANGGOL SETOL, PASIR MAS

Pondok Haji Zakaria Banggol Setol atau Maahad Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam Al-Khairiah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Hj Zakaria Ismail atau Tok Guru Haji Ya. Beliau telah dianugerahkan Pingat Bakti oleh Tuanku Sultan Ismail Petra.

Antara pelajar yang berjaya ialah Muhamad Awang yang merupakan guru cemerlang Bahasa Arab. Beliau pernah mengajar di SMU (A) Wataniah, Machang; pernah menjadi mudir Pondok Bukit Gading, Tanah Merah; dan bekas ADUN Gual Periok.

Bekas pelajar seterusnya ialah Ustaz Asni Umar yang menjadi imam Mukim Banggol Setol dan guru di Sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas, Pada tahun 2011, seorang lagi bekas pelajar iaitu Faisal Ahmad berjaya mendapat keputusan SPM terbaik. Dia kini menyambung belajar di Tahfiz Maik, Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Mudir yang pernah berkhidmat di sini ialah Allahyarham Tuan Guru Hj Yusuf (1978 – 1982), Hj. Mohamad Ismail (1990-an – 2004) dan Ustaz Yahya Zakaria (bermula tahun 2004).

 

Untuk dihubungi:

Tel: 019-927 8615 / 09-796 0664