Pondok Lebai Isa didaftarkan atas nama Madrasah Ahmadiah telah ditubuhkan pada 1950-an oleh Tuan Guru Lebai Isa Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Tok Lebai Isa. Sepanjang hayatnya, beliau pernah menuntut di Pondok Payung, Kelantan dan Pondok Penanti, Pulau Pinang.

Tok Lebai Isa menumpukan masa dan tenaga mengajar di pondoknya sejak ia ditubuhkan. Beliau kembali ke Rahmatullah pada hujung tahun 1960-an. Selepas ketiadaan Allahyarham, pentadbiran pondok ini diambil alih oleh Haji Abdullah Abdul Latif sehingga tahun 1980-an sebelum diteruskan pula oleh Ismail Yaakub dan terkini, Haji Abdullah Dahaman.

Haji Abdullah Dahaman pernah menuntut di beberapa tempat: Sekolah Agama Alawiyyah Arau, Pondok Hutan Palas dan Madrasah Nahdatul Watoniyah. Beliau menguruskan pondok ini bersama sembilan lagi kakitangan lain, empat orang guru dan lima kakitangan am.

Bilangan pelajar ketika pondok ini ditubuhkan ialah lebih daripada 200 orang. Walau bagaimanapun pada hari ini bilangannya menyusut menjadi 50 orang kerana mendapat saingan daripada pondok-pondok yang lebih moden.

Untuk Dihubungi:

Tel: 04-925 2328

zulhairie

zul hairie zulhairie@pondok1msia.org.my Administrator Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia