Maktab ini lebih sinonim dengan panggilan Pondok Hutan Palas. Ditubuhkan pada 1947 iaitu 10 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan. Pengasasnya, Allahyarham Tuan Guru Hj. AhmadOthman atau Tok Guru Hj. Ahmad Keplu @ Hutan Palas.

Allahyarham ialah pengarang kitab Jawi sekitar tahun 1950-an dan bekas Ahli Majlis Zakat Kedah. Ketika pondok ini dibuka, seramai 20 orang berdaftar sebagai pelajar. Sekarang jumlahnya mencecah 300 orang. Pondok ini terletak di Kampung Hutan Palas, Batu 2, Jalan Changloon, Kodiang dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Mudir sekarang ialah Ustaz Datuk Paduka Sheikh Baderuddin yang juga Mufti Negeri Kedah ketika ini dan merupakan bekas pelajar Sekolah Agama Alawiyyah (Arau, Perlis); Qisnu Tafakkuh Fiddin (Kelantan); Nahdatul Ulama (Lucknow, India) dan Universiti Al-Azhar (Mesir).

Antara bekas pelajar pondok ini yang terkenal ialah Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin (Mufti Negeri Perlis) dan Dr. Aziz Hanafi (Pensyarah Universiti Insaniah).

Untuk Dihubungi:

Tel: 04-925 2211 / 013-405 4579
Faks: 04-925 5233
E-mel: husam@yahoo.com

zulhairie

zul hairie zulhairie@pondok1msia.org.my Administrator Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia