Madrasah Takwiyatul Islamiah, POKOK SENA

Madrasah Takwiyatul Islamiah, POKOK SENA

Dalam pendaftaran, namanya Madrasah Takwiyatul Islamiah, tetapi dalam kalangan penuntut ilmu agama dan penduduk sekitar, ia lebih dikenali dengan panggilan Pondok Bukit Lada. Lokasinya terletak di Jalan Kubor Panjang, Pokok Sena.

Pondok ini ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah atau Pak Lang Lah. Asalnya beliau menyediakan tapak rumah untuk enam pelajarnya belajar agama dan mengadakan kelas agama tanpa sebarang bayaran bagi mengembangkan agama Allah. Kini dengan adanya bangunan sendiri, seramai 100 pelajar telah mendaftar sebagai anak murid. Tuan Guru Hj. Abdullah mempelajari agama dengan beberapa guru terkenal seperti Tuan Guru Hj. Husin Isa Al-Masri di Madrasah Tarbiyatul Hauladiyah, Kubor Panjang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>