MADRASAH AHMADIAH, ALOR SETAR

Nama asal Madrasah Ahmadiah ialah Pondok Kepala Bukit @ Pondok Hj. Ismail. Pondok moden ini diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad atau Mat Nahu pada tahun 1960 di Kampung Kepala Bukit, Bukit Pinang, Alor Setar.

ahmadiahSetelah Tuan Guru Hj. Ahmad meninggal dunia pada 1969, pengurusan pondok ini diberikan kepada Ustaz Hj. Ismail Hj. Ahmad. Beliau sempat menyebarkan ilmu agama kepada pelajar dan penduduk sekitar selama 20 tahun, sebelum pentadbiran pondok ini diserahkan kepada anaknya, Ustaz Zubaidi Hj. Ismail pada 1989.

Ahli keluarga Allahyarham Hj. Ismail tinggal di Kampung Chenak, Selatan Thailand, tetapi sentiasa berulang alik ke Kota Rentang, Alor Setar mengajar agama. Mereka kemudian berpindah ke Bukit Pinang untuk membina kawasan pondok yang baharu bagi meneruskan kesinambungan institusi pondok peninggalan datuknya.

Pondok Kepala Bukit didaftarkan di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah. Ia mempunyai sembilan kakitangan termasuk guru yang mendidik 200 pelajar secara Umumi, belajar kitab-kitab tua dan kitab pondok.

Untuk dihubungi:

Tel: 019-431 1020