MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH, SIK

tarbiah islamiahPondok Begia ini ditubuhkan pada 2009 atas nama Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah di Jalan Jeneri, Sik.

Pengasasnya ialah Hj. Hamid Johari yang lebih dikenali dengan nama Pak Lang Mid. Sungguhpun begitu, beliau melantik Tok Guru Yusuf Che Nik sebagai mudir madrasah berkenaan dengan lima orang guru sebagai tenaga pengajar kepada 43 pelajar.

Sistem pembelajaran yang disediakan di sini ialah Umumi dan Nizami dengan mata pelajaran Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Nahu,Soraf, Tajwid, Akhlak, semua kitab tua, kitab pondok dan Tahfiz Al-Quran.

Untuk dihubungi:

Tel: 013-417 5989