Madrasah Darul Istiqamah, MUAR

Ustaz Amran Mat Kahar lahir tahun 1970. Beliau dari Pahang dan membuka Madrasah Darul Istiqamah yang terletak di Kampung Simpang Baba, SB 17, Sungai Terap, Muar pada 2003 atas dorongan rakan-rakannya kerana beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun sebagai pelajar sekolah pondok.

Seawal usia 20 tahun, beliau belajar pondok di Terengganu pada tahun 1987, selama tiga tahun. Kemudian melanjutkan pengajian ke Madrasah Ribath, Parit Perupuk, Jalan Temenggung Ahmad, Muar, selama 10 tahun. Di situ, beliau belajar di bawah pengawasan Tuan Guru Mohamad Sarman Mohamad Salleh dan Tuan Guru Ibrahim Salleh.

Rakannya yang juga pemilik tanah, Mohd Afendi Jaafar mewakafkan tanah itu untuk membina madrasah. Peringkat permulaan, mereka membina dua pondok secara bergotong royong. Kini madrasah berkenaan mempunyai bangunan konkrit dua tingkat yang siap dibina pada 2011 dan mempunyai 20 pelajar.

Untuk dihubungi:

Tel: 012-226 0403
E-mel: darulistiqamah99@yahoo.com
Laman web: www.madrasahdarulistiqamah.blogspot.com