Semalam bertempat di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor telah berlangsungnya Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga pondok seluruh Malaysia. Majlis itu juga turut diadakan bersempena pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M).

Sejak awal pagi lagi pekarangan Masjid Bukit Indah sudah dipenuhi orang ramai yang terdiri daripada AJK masjid dan petugas-petugas daripada Jabatan Perdana Menteri dan kakitangan YPP1M. Masing-masing begitu tekun dan amanah menjalankan tanggungjawab untuk memastikan perjalanan majlis hari itu berjalan lancar.

Pekarangan masjid juga turut dibanjiri oleh warga pondok yang datang dari seluruh pelosok Semenanjung sebagai tanda sokongan mereka kepada inisiatif yang akan digerakkan oleh YPP1M.

Menjelang tengah hari orang ramai mula berpusu-pusu membanjiri Masjid Bukit Indah kerana tidak mahu melepaskan peluang menghadiri majlis ilmu yang dimulakan dengan Forum Perdana bertajuk “Pondok Jer!”. Forum ini dipengerusikan oleh  Prof. Madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah bersama ahli panelnya iaitu Dato’ Haji Nooh Gadot dan Ustaz Badli Shah Alaudin.

Keadaan menjadi semakin meriah dengan ketibaan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak yang telah menunaikan solat Asar berjemaah bersama-sama warga pondok dan masyarakat setempat.

Suka saya hendak memetik beberapa isi penting yang disampaikan oleh Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya. Beliau menggambarkan tanggungjawab para ulama sangat berat kerana mereka wajib menghiasi diri dengan petunjuk agama dalam semua keadaan sama ada terang atau sembunyi, supaya menjadi contoh yang unggul kepada pelajar dan masyarakat.

Antara keperibadian yang perlu ada pada ulama dan orang berilmu ialah sentiasa  tahu bersyukur dan bertindak, sentiasa bijaksana dan berhemah dalam tindakan, kaya dengan kasih sayang, tidak lupa kepada Allah SWT, memahami makna akal budi dan bijak menggunakan budi bahasa dalam komunikasi dan perhubungan, serta merendah diri dan bersikap tawaduk.

Di samping itu orang berilmu perlu arif dan  tidak memandang rendah kpada orang lain apatah lagi mengata, menghina atau memfitnah. Mereka sentiasa berfikir panjang dan menggunakan akal budi dan iman ketika membuat kenyataan,  dan tidak mengikut perasaan dan nafsu semata-mata.

Menurut Perdana Menteri, institusi pondok memenuhi maqasid syariah, maka kedudukannya masih relevan sebagai benteng identiti Melayu-Islam di rantau ini. Sistem pondok mampu berfungsi mempertahankan nilai dan kehidupan umat Melayu-Islam Nusantara, yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.Dalam ucapannya juga, Perdana Menteri telah menyebut mengenai sajak yang ditulis oleh Prof Dr Kamal Hassan yang berjudul Wasiat di Penghujung Usia. Sajak itu mengandungi mesej perpecahan Melayu dan umat Islam yang sudah sampai ke tahap yang cukup membimbangkan. Isi sajak ini menekankan perlunya umat Melayu berpegang teguh kepada agama Islam dan bersatu padu sebagaimana yang dianjurkan ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya Al-Quran telah memberi panduan yang jelas dan nyata untuk mereka yang mahu mencari petunjuk dan menghindari jalan yang sesat.”

Di negara-negara lain, sudah berlaku perpecahan dan fragmentasi dalam kalangan umat Islam sehingga berlaku peperangan dan pembunuhan, maka inilah bencana yang perlu kita elakkan di negara ini.

Orang Barat dan para orientalis menggunakan ketajaman fikiran melalui kekuatan ilmu, penguasaan teknologi dan ekonomi untuk menggoncang akidah umat Islam. Mereka telah membangkitkan isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama. Fahaman ini sedang menular, mengancam keharmonian dan kestabilan beragama dan bermasyarakat.

Asas falsafah agama ramai umat Islam termasuk para  intelektual dan pemimpin Islam terpengaruh dan tergugat. Mereka keliru dan berkecamuk dengan paradoks dan istilah sehingga melihat semua agama mempunyai nilai yang sama. Gejala subversif, negatif dan fahaman dekonstruktif ini mencanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Pemahaman yang cetek tanpa mengikut konteks adalah berbahaya kerana ia boleh melemahkan umat Islam sendiri.

Dalam menangani kemelut ini, ilmu pondok boleh digunakan dan dirujuk. Kitab karangan Sheikh Nuruddin al-Raniri, Sheikh Abdul Qadir al-Patani dan Sheikh Zainal Abidin al-Patani dapat dijadikan perisai dalam mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah banyak karya besar yang diambil daripada teks pondok telah dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Ilmu kita dicedok dan didalami untuk membina semula prinsip logik yang terpisah dan berasingan daripada tunjang keimanan. Seteru Islam ini hanya dapat ditangani jika para ulama dan intelek bergandingan melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dengan hujah yang mantap serta meyakinkan.

Sejak kebelakangan ini, banyak tuduhan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dibuat mengenai Islam dan amalannya. Majoritinya tidak berdasarkan ilmu dan dibuat bagi memenuhi agenda atau kepentingan tertentu. Lebih memburukkan lagi, pihak yang menyokong kenyataan itu juga kurang pengetahuan dan terlalu mudah percaya. Mereka sekadar mengulangi kenyataan yang didengar tanpa memahami konsep sebenar, lantas tidak mampu membuat penilaian yang objektif. Mereka berdebat dan membuat pertikaian tanpa memahami asal usul perkara itu secara mendalam atau tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan yang cukup. Maka berlaku salah tafsir tentang sesuatu konsep atau istilah atau memang sengaja diselewengkan.

Agama, bahasa, pendidikan dan tempat ibadat ialah isu yang sensitif. Pemimpin dan masyarakat perlu bersikap bijaksana dan berhikmah sewaktu membicarakan isu sensitif ini. Perbincangan perlu menggunakan saluran yang betul dan forum yang terkawal tanpa melibatkan perasaan marah dan prasangka supaya ketegangan kaum dan agama dapat dielakkan. Penghinaan terhadap umat Islam melalui tayangan filem, klip video serta kenyataan-kenyataan yang tidak berasas yang dipaparkan di Youtube, Facebook atau status Twitter boleh mengundang padah.

Perdana Menteri beranggapan perpecahan umat Islam disebabkan perbezaan fahaman politik merupakan malapetaka besar. Kita sepatutnya mengetepikan perbezaan pendapat dan fahaman dalam usaha menguatkan kedudukan politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Sudah banyak kerugian dari segi tenaga, masa, fikiran dan wang ringgit yang dihabiskan untuk berkelahi sesama sendiri. Segala aset itu sepatutnya digunakan untuk bersama-sama berjihad membela umat Islam.

Perdana Menteri menyeru semua umat Islam di negara ini supaya menjalinkan hubungan baik sesama sendiri dan sesama pemimpin dalam membina semula tamadun Melayu-Islam, memartabatkan kedudukan orang Islam serta mendaulatkan status agama Islam. Warga pondok adalah antara mereka yang berada dalam kedudukan terbaik kerana dapat mendekati pemerintah, pemimpin, ahli agama dan akademik, golongan seni dan karyawan serta orang biasa.

Beliau berharap sokongan dapat diberikan kepada YPP1M kerana yayasan ini berupaya memainkan peranan besar memperkasakan institusi pondok dalam menyaingi arus perdana transformasi negara.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan geran sebanyak RM100,000 yang akan diluluskan bagi penubuhan pusat sumber di ibu pejabat YPP1M. Geran ini akan digunakan untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal, serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka.

Perdana Menteri juga mencadangkan supaya pengurusan YPP1M dapat memberikan bantuan kewangan atau biasiswa kepada pelajar pondok cemerlang yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara.

Harapan saya, YPP1M dapat dijadikan sebagai zon selamat bagi para ilmuwan Islam dalam memperkasakan institusi pendidikan tradisional ini supaya kekal relevan sepanjang zaman. Tidak perlulah YPP1M dikaitkan dengan sebarang agenda tersembunyi, kerana tanggapan sebegini amat merugikan bangsa, agama dan negara.

Related Posts

image-4391

Tiada Salah Usul Hudud Dibawa Ke Dewan Rakyat – Abdullah

image-4382

Dato’ Dr Mashitah Beri Ucaptama Forum Alam Sekitar

image-4374

Dato’ Dr Mashitah Kunjungi Paklah

http://pondok1msia.org.my/wp-content/uploads/2012/11/DSC08677-150x150.jpg zulhairie Berita

zul hairie zulhairie@pondok1msia.org.my Administrator Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia