ANUGERAH PONDOK CONTOH

Kriteria pemilihan:

  1. Mempunyai sejarah dan lata belakang cemerlang dalam memajukan dan mengembangkan pendidikan pondok
  2. Mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ilmu agama seterusnya menyumbang kepada kedaulatan agama dan pembangunan masyarakat
  3. Memiliki prasarana yang baik dan teratur serta persekitaran yang bersih dan kondusif untuk pengajian agama dan pembentukan peribadi ilmuwan agama
  4. Memberi impak yang besar dan bermakna bukan sahaja kepada pelajar dan penghuni, malah masyarakat setempat
  5. Mampu menjadi contoh atau teladan kepada pondok-pondok lain dari segi pencapaian dan sumbangannnya kepada umat dan agama Islam
  6. Beroperasi lebih daripada 10 tahun

Penerima anugerah akan menerima hadiah bernilai RM13,000 dalam bentuk:

  • Sijil Penghargaan
  • Wang Tunai
  • Buku Tafsir Pedoman Muttaqin, Tafsir Fizalil Quran dan Ensiklopedia Ulama’

Penerima Anugerah Pondok Contoh 2012:

  1. Maktab Pengajian Islam Kedah atau Pondok Hutan Palas, Kedah
  2. Yayasan Darul Hanan, Pondok Tok Selehor, Palekbang, Tumpat, Kelantan
  3. Madrasah Miftahul Muarif, Muar, Johor

Leave a Reply



− 5 = four